Saturday, February 16, 2019

Takdir Cinta Bab Enam


“Kembalilah kepada Allah Yaa Waaliiy, Yang Maha Melindungi.” Bagaikan kaset yang dimainkan berulangkali, kata-kata Saif itu tetp terngiang-ngiang di telinga Suria. Dia bingung. Apa maksudnya itu?

“Termenung apa tu?” usik Fathanah membuatkan lamunan Suria terhenti. Dia merenung wanita itu, membuatkan senyuman Fathanah mati. “Kenapa ni?” Ada apa-apa yang tak kena ke?”

“Taka da apa-apa,” Suria cuba berdalih, mengalihkan pandangannya ke arah televisyen. Namun, dia gagal memusatkan fokusnya ke arah rancangan yang disiarkan. Sebaliknya, deretan buku yang tersusun cantic di sebelah televisyen lebih menarik perhatiannya.

“Fathanah.”

“Ya?”

“Buku-buku tu, awak dah habis baca semua ke?”

“Ada la satu dua buku yang saya belum baca lagi,” jawab Fathanah. “Kebanyakannya dah habis baca. Kenapa? Nak pinjam ke?”

“Baca… pinjam?” Suria bertanya sendiri. “Fathanah, saya jarang baca buku. Apatah lagi buku yang semacam itu. Boleh ke?”

“Itu bukannya novel seram. Itu buku agama,” balas Fathanah selamba. “Kalau tak reti baca, saya boleh ajarkan.”

Fathanah melangkah ke arah rak buku, mengambil salah satu buku agama yang terdapat di situ lalu menyerahkannya kepada Suria. “Asal saja kita mahu, semuanya akan terbantu.”

“Asal saja kita mahu?” tanya Suria lagi. Fathanah hanya senyum lalu mengangguk. Membalas pertanyaan itu. Suria kemudian teringat sesuatu. “Fathanah, saya nak minta tolong, boleh?”

“Tolong? Eh, boleh sangat! Nak tolong apa?”

“Tolong saya… ajarkan saya solat! Dan mengaji Al Quran juga. Tolong ajarkan saya semua tu, Fathanah!” ujar Suria, separu merayu. Matanya bercahaya. Tangannya menggenggam tangan Fathanah, erat.

Fathanah senyum. Dia membalas genggaman tangan Suria. “Pastilah saya akan tolong. Kan saya dah janji dengan awak? Janji harus ditepati, kan?”

Mata Suria berkaca. Senyuman manis terukir selebar-lebarnya. “Terima kasih!”

*****